Wednesday, May 19, 2010
Menu of the month : Tauhu Bakar Kamunting
Nie menu pilihan kami sekeluarga untuk bulan Mei.... Sedap memang sedap, satu set Rm3.00.
Ada tauhu 2 keping,sengkuang,telur puyuh 2 biji, kangkung, dan kuah (sama seperti kuah yong tau fu taiping). Datang taiping/kamunting mesti cuba.
Homebrew - PIC Programming Interface Box
Setelah sebulan berlalu selepas mengikuti bengkel membina ARDF Controller & Handifinder pada 17 Apr 2010, akhirnya projek tambahan sebagai kesinambungan bengkel tersebut iaitu PIC programming interface box akhirnya siap juga dibuat dan sukses bila diuji.Terima kasih kepada 9M2DA,9W2ESM,9W2EJT, rakan APARC& AKARC serta kak lin (sediakan RS-232). Tak lupa buat isteri dan anak-anak yang memahami.
Sumber litar : http://www.9m2da.blogspot.com/
Sumber litar : http://www.9m2da.blogspot.com/
Kursus Ad-Hoc
Pada 12 Mei 2010, jam 8.45 malam aku mengadakan kursus ad-hoc untuk kak lin iaitu menyediakan kabel RS-232 untuk amali subjek switching. Sebenarnya malam tersebut aku bertugas sebagai AJK Teknikal untuk bengkel pembangunan silibus ILJTM. Dikesempatan yang ada kak lin mintak tolong settlekan masalah amali RS-232. Hope kak lin sukses dengan amali di ADTEC Kulim.
Subscribe to:
Posts (Atom)